Total Pageviews

31 December 2011

d u a r i b u d u a b e l a s




Semoga 2012 membawa sinar baru untuk kita semua.
Ya Allah, selamatkan kami. Dalam apa jua pun cara. 

30 December 2011

saya cerita pasal SBPA dan pencen.

Alhamdulillah..
selaku gov servant, i dah pun sign SBPA and opsyen pencen tu..
tak kuasa nak buat research pasal ni..
apa yang di suruh buat aje lah kan..
dah nama pun "saya yang menurut perintah"
SBPA bagi byk untung what..
setiap org ada rezeki masing-masing..
ada yg naik banyak, ada yg naik sikit..
untuk yg ada degree, bersyukurlah..
penat lelah kamu berhempas pulas belajar bertahun-tahun di kampus..
diberi bayaran setimpal dgn khidmat kamu..
setuju?
kalau setuju sila belanja i choki-choki..


cuma yang memeningkan kepala i..
menambah kekomfiusan..
merasa kejengkelan..
dengan rumus-rumus mengenai pencen yg terlalu banyak..


ada yg cakap semua staff gov wajib sign 60..
ada yg cakap boleh pilih antara 58 atau 60.. 
ada yg cakap posting lepas tahun 1993 ke atas yg wajib sign 60..
ada yg cakap staff gov yang posting lepas 2008 sahaja yg wajib sign 60..


ya Allah, saya pening!


bertambah annoying bila ada yg cakap..


siapa yg sign umur 60 tahun, tapi bila umur 55 tahun tiba-tiba nak pencen, mereka akan dapat ganjaran pencen dan duit pencen awal..
tapi siapa yg sign umur 58, takkan dpt apa-apa kalau mereka nak pencen awal umur 55 tahun nanti..
logik ke tak ni?


kalau mcm ni, janganlah letak pilihan umur 58 ATAU 60 tahun kat borang tu..
baik wajib kan aje 60..
means, letak 1 pilihan je iaitu 60 tahun umur pencen,
maknanye takde pilihan langsung.
itu lebih memudahkan dari keluar rumus yg ntah apa-apa..
bila dah sana-sini argue, maklumat pun bercanggah..
bila maklumat dah bercanggah and masing-masing nak tegakkan rumus masing-masing..
kesudahannya..kacau bilau..


ok, saya bukan emo ye tuan-tuan dan puan-puan..
saje sembang..
takkan sampai ke parlimen pun.. (n_n)


fakta :
* SBPA dan opsyen pencen adalah 2 bidang berbeza..banyak org keliru pasal ni.
* SBPA = Sistem Bodek Pegawai Atasan  *org melawak je kot.harap-harap tidaklah*


p/s : OSBON ke BOBOI malam ni???











26 December 2011

singgah membelai blog yang gersang

sejahteralah ke atas kamu! 
ye..kamu la..yg sudi jalan-jalan singgah kat sini :)
walaupun blog mcm dah tak terbela..


kesian flop dan mop..
tak disentuh, tak dibelai sekian lama..
cuma pandang sebelah mata je..
tandus dan gersang..


sorry.sorry.sorry.
busy mengalahkan org nak bukak cawangan econsave.
walhal hanyalah kedai picisan..
tapi semua pon buat sendiri kan..


haihh..tak dapat nak gossip lama-lama..
singgah kejap je ni belai-belai apa yg patut..








ini la yg buat i busy mcm adun nak bertanding kawasan.
masih under construction.
abaikan ruang2 kosong yg anda nampak.
sebab tu berani shoot 1 sudut je.hee





20 December 2011

kejadian memalukan di menara

Assalamualaikum!!






kalau u guys baca entri semalam,
i ada promise nak cerita pasal kejadian memalukan, is it?
ok, lepas dah settle bayar bil yang mahal kat kaunter..
we both pun tunggu turn nak turun lift sambil berposing-posing kat entrance restoran tu..
area tu haruslah ramai orang kan..
tetiba datang sorang f&b kat kitorang and tanya,
"err excuse me, you dah bayar bil ke? tadi waiter kat dalam cakap belum bayar.."
i macam terpinga-pinga dengan muka tak puas hati..
then baba cakap, "dah, dah bayar tadi.." sambil seluk kocek baju nk cari bil..
orang sengal tadi boleh buat muka tak percaya...dia mcm tunggu sesuatu..
and i was like "WHAT THE!!" kau ingat kitorang ni batak ke nak curik makan kat situ..
fuhh nasib baik baba tak buang bil tadi.. sebab dia tak suka simpan bil 
lepas cek bil mahal  tu barulah dia say sorry..
and cakap tadi ada salah faham sikit kat table..ingat kitorang belum bayar..
HELLO!! tak nampak ke kitorang tergedik2 tepi piano depan kaunter tadi semata-mata nak bayar bil..
takkan nak suruh singer tu berhenti menyanyi and announce yang kitorang ni nak bayar!
dah la menunjukkan kelemahan u organise customer..
plus, memalukan kami ni ha!
apa tak nya...depan-depan orang ramai kot..
haruslah diorang pun tercengang tgk kami ni hah..
ntah ape yang diorang fikir kan..
kalau la bil tu kitorang ter-buang! x ke naya nak bongkar tong sampah..
baba nak make this things clear, dia masuk semula kat restoran.. *dengan muka serius&suara yang tegas*
barulah diorang beriya mintak maaf...


memang tak patut this thing happen kat restoran yang gah di tempat yang gah tu!
in case, pernah berlaku ke ada orang makan tak bayar kat situ?
nasib baik settle cepat, kalau tak nak je i cakap..
" where's your manager? i want to see your manager now!"
cehhhh (^_^)V











19 December 2011

makan sambil berpusing sama dengan pening!

Assalamualaikum semua!


sorry sgt-sgt sebab dah 2 hari suram je blog ni..
hari sabtu bukan main ligat..
naik tinggi makan kat langit..
turun jejak kaki kat bumi terus tak sihat..
hari ahad flat!
satu badan sakit-sakit..
badan panas, tapi seram sejuk..
kepala macam di ketuk..
perut memulas-mulas..
rasa loya nak muntah..
betapa hidup ini seperti roda kan?


btw, celebrating our 1st anniversary sgt mengujakan..
kalau ikut plan awal, kami nak pergi 2nd honeymoon..
tp baba x dapat cuti..
masa pun terhad..
jadi terpaksa la i pendam je hasrat murni tu..
fikir punya fikir..
and hari-hari dok kat tingkap mengadap KL Tower..
timbul la idea nak makan-makan dekat restoran yg dikatakan berputar tu..
bila lg nak rasa kan..
mula-mula ingat nak reserve utk dinner..
tapi dulu pernah attend annual dinner masa kat UM (bukan kat atmosphere 360)
so we decided utk reserve buffet lunch..
dapat tgk KL waktu siang.. (sbb dah tengok waktu malam, meriah dgn lampu je KL ni)


masa kami sampai, parking punya la penuh..
rupanya ada majlis kawen buat kat situ..
omg! bersanding kat KL Tower uoolss! aku ade? thihehe
then, lepas ambik tiket..baba ckpla yg dia 1st time pegi situ..walaupun dah duduk Kl 8 tahun..cehh
i yg duduk Johor pun dh naik 2 kali..
staff kat situ pun tak mengecewakan..
murah dengan senyuman..dah bayar mahal-mahal kalau muka monyok je mau kena komplen..
masuk je dekat restoran tu, i memang tak perasan sebenarnya lantai tu sedang berpusing..
lepas f&b dah tunjuk meja and explain psl buffet..baru i terasa ianya bergerak..
jakun! terus rasa pening!
before ni baca review org lain over all ckp tak rasa, tak perasan mereka sdg berpusing..
tapi kenapa i rasa?? ke hari tu diorg lajukan pusingan..
terus rasa berpinar-pinar mata ni. jakun kan (= =')


makan punya pasal, i lawan jgk rasa pening tu..
menu buffet ada malay, western, indian, dessert semua tu lah..
sedap? tak tahulah nak ckp..
nak kata sedap sgt pun tak..tak sedap pun tak jugak..
so-so je kot..mcm boleh improve lagi..
to be honest, buffet kat redbox Garden lagi sedap dan puas..
menu pun tak banyak sgt..so sad kan!
nak rasa sgt, bantai jela..bersyukur odah!
so kami pun makan-makan, borak-borak, gambar-gambar dari pukul 12 sampaila pukul 3 petang..
yg kelakarnye, bila table berpusing sampai dekat KLCC semua pun berhenti makan..
and terus snap sana, snap sini..
berdiri sama tinggi dgn KLCC kan..tu yg kena posing habis-habisan..haihh..


masa nak balik tu, ada kejadian memalukan berlaku..
nak tau??
tunggu next entri ok!
tataaa!!!




jom usha gambar-gambar syok sendiri ni (^_^)V









baba exited gile bila nampak rumah kami dari situ. nampak sgt clear ok!

















16 December 2011

kerja kotor. sapu bersih.

apa ada dengan SONGLAP??


--> another side of shaheizy sam selain drpd watak lawak. hebat!
--> lakonan syafie naswib pun sgt mantap. boleh menang award.
--> normah damanhuri? wow..sgt berani ber short skirt sebegitu..
--> sara ali tak byk dialog. tapi penonton boleh rasa penderitaan dia..well done!
--> semua watak pembantu bagi effect yg baik pada filem ni..gud job guys!
--> kereta yg digunakan utk scene kejar-mengejar, scene eksiden adalah kereta biasa dan
lama jika dibandingkan dgn filem2 syamsul yussof.budget maybe?
--> separuh pelakon tambahan dalam filem ini adalah "BABY".. tersentuh naluri ibuku :)
--> rata-rata filem ini berkisarkan pemerdagangan manusia..
--> 4.5 star!!

nak jadi pengantin lagi!




kalau tahun lepas,
waktu-waktu macam ni..
i tengah bz mengkomen pelamin i yg belum cukup memuaskan hati..
jumpa mak andam and cakap, "kak kite nak bunga mcm ni letak kat tepi pelamin"..
sambil tu betul-betulkan susunan hantaran kat bilik..
tengok jari, ahhh inai tak cukup merah..
topup lagi sampai nak hitam inai tu..
teringat pasal hand bouquet, terus call faten remind kan dia..
makan? langsung tak kisah..
exited sgt la kot nak di Puan kan..kih3
tengok kat ruang tengah, fuhh lega ada org kerjakan bunga telur..
tengok kat dapur, org kampung tgh rewang..
tengok kat kanopi, alhamdulillah..fully deco..

ouhhhh how i miss that moment!!!

15 December 2011

countdown



terpaksa tukar plan last minute..
harap-harap ia menjadi..

14 December 2011

kes benar : diserang hantu laksa


semasa i menaip entri ni..
sambil tengok gambar di atas..
air liur memang tengah aktif merembes..
ya Allah!!!! kenapa ni??
nak makan LAKSA. nak makan LAKSA. nak makan LAKSA!
tak kira la laksa penang ke, laksa kedah ke, laksa perlis ke, laksa utara ke..
yang penting laksa belah utara...

ikutkan hati nak je turun bawah pegi beli bahan..
tapi lampu lif rosak..
sumpah tak berani *plus tgk dhia yg tetibe jd cerita hantu*
semalam dah mkn, dekat R&R machap..
sangat choii ok! kuah cair dah mcm sup..

sedapnyee kalau dapat makan laksa sekarang (-__-")
kenapa takde laksa delivery..
nak laksaaaaaaa!!!


carta LAKSA paling sedap pernah i makan

1) laksa kedah kak limah-->sedap gile!! mskk penuh teliti.waima asam keping pun home made.
2) laksa kak sue kt kuala perlis--> kedai ni memang sentiasa penuh..sedap nak maut!
3) laksa penang masak sendiri---> sbb boleh tambah banyak kali
4) laksa penang cik dilah--> kuah pekat
5) laksa penang cik nong--> not bad sebab pakcik khair org penang
6) laksa paten--> baru sekali masak..xleh top 3 lagi..
7) laksa utara dkt R&R pagoh--> sedap boleh tahan.tapi selalu habis.
8) laksa makan dekat open house
9) laksa beli kat pasar malam
10) asam laksa dekat laksa shake--> terlebih msm kdg2 jadi tak sedap.

ok saya meme hantu laksa!!
nak makan LAKSA!!!





senyum tak perlu kata apa-apa


Assalamualaikum readers :)

tak boleh berhenti senyum ni..
hari tu baru je merungut-rungut..
psl blog picisan ini lah..
tiba-tiba tadi rasa mcm nak melompat bila tengok ni..


serious, terasa karya ku dihargai (n_n)
tak over kan kalau i take that as a compliment..
we just don't know each other but....
this is the reason why i love technologies..
btw, thank a lot mell *mcm dah kenal 10 tahun panggil mcm ni*
i n d e f i n a b l e me was inspiring me too..
a single rose can be my garden...
a single friend, my world.



13 December 2011

11 December 2011

beauty lady : kak aida

hai.hai.hai.
hari ni ada mood nak update pasal beauty lady..
bukan apa, kdg2 takut tuan punya badan tak selesa..
dah la i rembat gambar dia without permission..
pastu nak tulis panjang berjela pasal dia..
kalau salah maklumat tak ke naya..alahai..

never mind..
sebab kali ni beauty lady yg bertuah adalah org kg i sendiri..jiran belakang umah..
ladies and gentleman, introducing..
AIDA MUSTAFA
yes.dari kecik-kecik memang membesar dgn kak aida..
dari dulu pun memang cantik..
kalau ada yg belum perasan,
kak aida la isteri Tam Spider..
tumpang bangga jgk la ada org kg kawen ngan artis..
tp kalau dia tak kawen dgn Tam pun,
dia memang cantik jelita..
arwah mak kak ai pun cantik,
dulu kecik2 selalu beli sarapan kt warung mak kak ai..
adik beradik dia pun memang semua cantik2..
semua mewarisi kecantikan mak kak ai kot..
putih, mcm mix mat saleh gitu..

apa lagi..
hayati jelah kecantikan anugerah Allah ni..





oi kak, mu ni memang cun habes tau tak!!!



time kak ai bertunang barula tau dia tunang dgn penyanyi lagu "gosok" tu.hehe



time jadi pengantin tak yah ckp la. gojes x hengat!




lawa.lawa.lawa



gosh! berseri gila muka time pregnant..kenapa la ko ni cantik sgt kak :)



see..rambut ala2 boyish pun jelita! dan itu adelah afiq. son of aida&tam

ok, itu saja untuk hari ni..
kalau mengandung ni mesti kenan kan?
kih3...

p/s : gambar mcm biasa la rembat dr FB kak aida :))


10 December 2011

aku, dia dan gerhana

since byk sgt info psl solat dan kejadian gerhana dekat fb..
i pun dgn tak semena-mena text my hasben..

"baba, jom tadah tangan doa supaya Allah bagi kita sekeluarga rezeki yg melimpah ruah, rezeki zuriat, wang ringgit..baba dapat pindah balik kg.."

then, he replied..

"jom..gerhana bulan ni..sayang pegi sembahyang sunat eh..doakan kita..ba keje sorang ni..ingat nak sembahyang gak tapi ni kt tepi jalan..."

unexpected, air mata mengalir laju...
tak tahu kenapa ada satu perasaan syahdu dtg menerpa..
sepanjang umur, bila gerhana berlaku, jarang i buat solat sunat tu..
kadang-kadang rasa tak layak diri ni nak minta macam-macam dgn Allah..
sedangkan hakikatnya, perintahNYA selalu i ingkar..
ketaatan tak cukup..
tapi Dia selalu bagi sebelum i mintak..
selalu tunaikan sebelum i berhajat...

tapi Alhamdulillah..
setiap masa dan ketika i tak pernah lupa Dia..
walaupun dari mata kasar nampak mcm lalai..
i tak lupa sebut Allah..

again and again,
tadi masa di penghujung gerhana,
i mintak lagi dgn Allah..
supaya di kurniakan zuriat penyambung keturunan..
serta rezeki-rezeki lain..
i dah ada semuanya,
suami, kerja tetap, kereta, rumah..
tapi hidup ni seperti belum lengkap selagi i masih belum menyusukan seorang anak..

semoga Allah makbulkan doa-doa tadi..
aminnn..




wordless saturday maybe?


yeahh!!


09 December 2011

born this way

Alhamdulillah...
finally, SYAURA BABY CARE lahir dgn rasminya..
setelah 2 minggu menanti dgn nervous..
pihak SSM akhirnya call suruh dtg ke office untuk ambil sijil..
lega!!!



*tarik nafas panjang*
2010 - 2011 penuh dengan 1001 ujian getir..
insyaAllah, Syaura BABY house bakal melenyapkan semua kisah sedih tu..
kenapa i pilih jenis perniagaan barangan bayi?
i rasa u guys tahu kenapa..
dan semoga business ini juga dpt improve taraf keluarga kami..
ya Allah, KAU mudahkan perjalanan kami mencari rezeki yg halal, yg KAU redha..
Amin...
Syaura anak mama, this is for you darling, muahhh!!!


fakta :
SYAURA BABY CARE - nama company
Syaura BABY house - nama kedai


08 December 2011

blog dgn biskut same ke??


arghhhhhhh tak suka!!!!
apekah ini???



dah laa follower memang tak berapa nak ramai..
tiba-tiba jadi 19 org je?
dah refresh, logout-login balik,
still jadi yg same jgk..
mane pegi yg lain..
xkan diorg pulaukan belog picisan aku ni..
hanginnnnn satu badan!!


tips 18sx

anehasayo... (n_n)

teringat siti nurhaliza ckp mcm ni kt tv3 hari tu..
ahh dia memang comel..
cuma dia je yg dah jauh dari carta hati i lepas dia buat keputusan kawen dgn datok K beberapa tahun lepas..
baiklah tiada kaitan langsung dgn tajuk yg agak mengerikan di atas -__-"

scarry jugak nak teruskan menaip entri ni sebenarnya..
ohh come on odah, u are 26 mem!
haihh cepat sungguh masa berlalu..
rasa mcm baru semalam ambik slip periksa UPSR..
realitinya, i dah pun layak bercakap hal2 18sx org tua ni..

actually i nak share beberapa tips..
utk lelaki bernama suami..
ex-classmate UM yg bagi petua ni..
uishh bohong la kalau tak rasa apa2 bila tgk ramai kwn2 sekelas tu dok mengusung perut sana-sini..
yg kita ni dok risau kenapalah tak mengandung lagi..
konon-konon awal kawen dulu bunting pelamin..
jadi percaya kemampuan tu ada..ye tak?
so time tgh syok chatting dgn sorang kwn ni,
tetiba mulut jari boleh gatal mintak tips..

i : mu, bagi la tips..
kwn : mu nak tips apa, mu kan dah kawen jgk mestila ada pengalaman..kih3
i : adehhh..yela, mane tahu ada tips extra..
kwn : ala, aku mcm biasa je..cuma abg aku jela..ada amalkan sikit..

wahhhh bersinar2 mata i bila dia bagitau mcm tu..
laju-laju la i mintak kan <---- gelojoh

kwn : bagi no hp ko, aku sms je..
i : aik..kenapa tak taip kat sini je..
kwn : hahaha panjang sgt..aku sms je senang..
i : uissshh tips ape la tu sampai cmtu sekali!! kah3 *sambil tgn laju-laju taip no hp*

ok, para suami dan isteri.
are u ready??

sms kwn i berbunyi begini :

"1 gelas susu segar atau susu cair dalam tin dicampur dengan 1 sudu madu lebah. kalau boleh madu lebah asli lagi bagus. pastu campur dgn telur ayam kampung sebijik. telur biasa boleh jgk. tapi ambil kuningnya sahaja. amalkan minum setiap pagi"

laa buat suspen je..tips pemakanan rupanya..
ingatkan tips tutttttttt..
ada satu lagi!!

" 1 sudu teh serbuk kulit kayu manis, campur dengan susu segar 1 gelas"

ape macam??

ehh ada lagi la..kata kwn ni, kalau boleh, selalu la hidangkan suami dgn sup tulang yang pekat rempahnya..madu tu pulak kalau boleh minum 1 sudu tiap-tiap pagi..

tips ni katanya ustaz yg bagi..
dia ckp utk pekat kan air mani lelaki..*open sgt tak ni*
terus terang i belom cuba lagi..
hmm rasanya kena buat jgk utk kebaikan bersama kan..
tgk baba boleh telan ke tidak...erkk..

itu saja utk hari ni..sekian!
*fuhhh berpeluh*















07 December 2011

rontok merontok


hai hai hai.

maafla hari ni entry dlm kategori meroyan.
bukan apa, rasa dah tak boleh tahan dah.
bertahun-tahun menanggung.
dan sekarang makin menjadi-jadi..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.




ini la perkara yg paling MENAKUTKAN..
ya ini juga la perkara yg membuatkan diri ni meroyan siang malam.
tapi bersyukurla gambar di atas bukanla kepala otak i..
kepala i belum lg menampakkan sosok kulit yg tak berapa nk clear tu.
tp kalau hari-hari berpuluh-puluh helai yg gugur..
apekah yg akan berlaku 3,4,5 tahun akan datang???

tidakkkkkkk!!!!

dh mcm-mcm syampu cuba.
dari pantene perawatan rambut rontok,
sehinggalah syampu bawang.
semuanya tidak mendatangkan hasil..
YUN NAM HAIR CARE je belum pergi lagi.
rasa mcm tak mampu je..
tu dtg kalau setakat bwk duit 30 hengget tak pyh berangan nk masuk.

mana-mana tempat i pergi, sure akan ada jejak i tinggalkan.
termasukla dalam kereta ok!
kat rumah tak pyh ckpla..
sakit mata tgk rambut menari-nari di sana sini.
kritikal kan?

ok, sila la readers bagi tips mcm mana nak reduce kan perpisahan rambut dari kepala i ni..
and a big NO NO, jgn la dlm list tips tu ada yg suggest potong rambut pendek..
nak menunggu panjang mcm sekarang ni pun makan masa 2 tahun..
nampaknya, helah i meng'curly' kan rambut utk nampak tebal juga tak menjadi..
makin mengganas ia mengugurkan diri nye ponn haddoii..

kalau botak syomel syomel cmni takpe la jgk kan.aku ado?






06 December 2011

uphamol 650

suhu 4o++ menyebabkan enzim dalam badan jadi lemah.
otak pun jadi beku nak update new story.
idea banyak tapi nak buka mata pun tak larat.
ini pun curik-curik update lepas mkn antibiotik,pil selsema,demam.
lepas ni sure tumbang..
antibodi tak berapa nak kuat.
senang sangat jangkit penyakit org.
ape pun bersyukur la.
untunglaa Allah nak uji..

03 December 2011

surat ke-2 untuk Syaura


Dear Syaura,

apa khabar anak mama hari ni? Syaura tau, baba demam dari semalam. Badan dia panas sangat..mama letak towel basah pun jadi kering. Bangun tido, baba muntah dlm toilet. Mama tak pernah tengok baba sakit mcm tu. Baba tarik-tarik rambut dia sebab dia ckp kepala sakit sgt. Mama risau, susah hati sampai tak tau nak buat apa. Akhirnya, mama gagahkan diri beranikan diri drive kt KL yg serba sempit dan sesak ni utk bwk baba pegi kem & klinik.

Syaura,

Alhamdulillah Allah mudahkan urusan mama..doctor ckp suhu baba tinggi sgt..baba kena injection since badan dia memang lemah & tak selera makan..mama yg sihat pun jadi tak keruan tgk baba mcm tu. Lepas bagi makan ubat tadi, mama suruh baba rest & tido cukup2..kalau ikut plan, lepas balik kerja petang ni baba ngan mama nak balik Johor..doctor pun bagi mc 2 hari..tak apelah mama boleh drive..mama syahdu bila baba ckp "sayang, baba tak nak demam..baba nak cat kedai"..

Dear Syaura,

Mama cakap dgn baba, terimalah sakit ni ba..mudah-mudahan sakit ni pengampun dosa..baba angguk dan terus pejam mata..biarlah dia tido..nanti lepas bangun insyaAllah kebah la demam dia..Semenjak kahwin, mama yg selalu sakit-sakit..baba tak pernah mengeluh setiap kali dia jaga mama, masakkan utk mama, urut badan mama, suapkan mama ubat..jadi kali ni, mama akan buat yg sama..selepas hilang nenek dan kamu, baba lah segala-galanya bagi mama..

Syaura,


Maaf andai coretan mama mengganggu kerianganmu bermain di Syurga indah..mama tak tahu nak cerita pd siapa..Syaura doakan kesihatan mama dan baba ok! we loves u!




02 December 2011

lagu wajib karok

senarai lagu yang berjaya ke final stage Juara Lagu 26

1. Beribu Sesalan
2. Sedetik lebih
3. Karma
4. Wanita seluruh dunia
5. Awan nano
6. Kisah hati
7. Penakut
8. Gadis semasa
9. Kekanda adinda
10. Kalau berpacaran
11. Cinta muka buku
12. ???

i boleh pulak termiss lagu yg ke 12 tu. tny member2 sume dok tgk maharajalawak mega. btw, err tak paham kenapa lagu cinta muka buku dapat masuk final. lirik n lagu biasa-biasa je..

i punya toplist :

1. Beribu sesalan
2. Kisah hati
3. Sedetik lebih
4. Awan nano
5. Karma

and..jom redbox!!! nak karok lagu-lagu kat atas ni.. ^__^



7 sebab kenapa saya tak suka sinetron indon

assalamualaikum..
kali ni i nak share 1 topik yang baru semalam i terpikir nak buat lepas geram ngan pekerja kedai makan yg sibuk tgk sinetron indon dari drama "tentang dhia". i ni bukanlah anti-indo sgt cume dari pemerhatian i, drama indon ni same je dari dulu..byk jgk blogger lain dah buat entri mcm ni.tp yg ni
versi i pulak. kenapa i tak berapa suka drama-drama garuda? sebabnye ialah :-


1. JALAN CERITA KLISE - balik-balik cerita anak tertukar mase kecik lah, bapak tertukar anak lah, mak sengaja tukar anak lah..itu aje la ulang2..pastu nanti bila anak dah besar, bercinta ngn adik beradik sendiri..nak tambah lagi best, scene jatuh gaung, eksiden kebabom and hero konon2 dah mati, tp sebenarnya hidup lagi..rasenye drama2 indon majoriti ade jalan cerita serupa kan?

2. SIKIT-SIKIT NAK ZOOM - aku pandang kau, kau pandang aku, dia pandang dia dah 5 minit. kalau rebut2 pistol, pastu pistol tercampak zoom pulak kat pistol 5 minit..sikit nak zoom, sikit nak zoom pastu bersambung..takde kerja lah aku nak follow drama cmni..

3. WATAK BAIK BAIK SANGAT, WATAK JAHAT JAHAT SANGAT - yg ni memang dh jelas lagi nyata. heroin mmg baik tp kadang2 dungu jgk aku tgk. kena marah kena hempuk boleh tadah je. pastu kalau nk explain benda yg betul tu mesti tergagap-gagap. camtu la sampai 60 episod..letih mak!

4. SAJE NAK PANJANG2 KAN CERITA - makin banyak episod, makin tambah watak baru..anak bibik lah, kembar terpisah lah, cinta 3 segi tak pyh ckp la..padahal cerita dh sampai klimaks and dah boleh ending dah.bila ada watak baru, mule la konflik baru ye tak..

5. SUKA CAKAP DALAM HATI - kalau cerita 1 jam, 30 minit tu hero ke heroin mahu pun watak pembantu, sibuk bercakap dalam hati..lagi2 kalau nk rancang benda jahat..dgn muka2 sekali..adehh..

6. NAK CUT COST SAMPAI NAMPAK TAK LOGIK - cerita nak gempak, tapi malas nak buat yg real. contohnye, scene dalam kereta. jarang la drama indon ni shoot dlm kereta yg sedang berjalan..mesti dalam studio, pstu pegang stereng ke kiri ke kanan konon2 tgh drive la tu..cube kite drive cmtu, x ke mengempar2 kereta kite. pastu kalau scene terbakar ke meletop ke mesti nak guna teknik CGI..yg jadi kelakar bila nampak sgt x real nye..

7. ENDING HAMPEH - drama sampai 100 episod, penuh dramatik dgn linangan air mata tp last2 mimpi..lagi menyakitkan hati, watak jahat yg mcm iblis tu tak dpt balasan setimpal..kena langgar dgn lori pun kire dah cukup tragis..haihh buang masa je tgk setahun.

ini la sebab2 kenapa i cukup tak suka drama indonesia..malangnye, channel kegemaran selalu tayang drama-drama buang masa ni..nway, ni just pendapat i, takde yg betul takde yg salah..for those yg suka, chill k!!

01 December 2011

i syok sendiri ke?

haihhh..
pagi-pagi sudah nak mengeluh..
sebab ada org tinggalkan jejak dan berkata ini,,
adehh..part dia puji tu memang i suka..
tp tang syiok sendiri tu -____-"
i bukanla blogger terhebat mcm hanis zalikha atau red mummy
utk menjadi abg nara jauh sekali..
entri pun suam-suam kuku je..
seganlaa nak promote lebih-lebih ye tak..
paling advance pun share kat facebook je..
kalau ada org baca, Alhamdulillah..
kalau ada org follow lagi la Alhamdulillah..
pelan-pelan kayuh bai..
nanti ade rezeki lebih beli enjin bot terus..

v(^_^)v peace yaww



28 November 2011

saye suke dgn perempuan cantik

oleh kerana takde idea nak update psl diri sendiri..
mari kite buat review pasal orang lain..

cantik.
ok i dah perasan benda ni bertahun2 lama dulu.
i suka dgn perempuan cantik.
perempuan suka tgk perempuan cantik..itu normal kan?

but i loikee it very much.
suka nak tengok.
suka nak kenal.
suka nak berbual.
and again,
suka nak tgk lama2..
kdg2 sampai nak terkeluar bijik mata


siapakah pretty women pertama yang bertuah?
lets check it out yaww!



ok buddies..
si gorgeous ini adelah one of my faculty-mate mase kt UM dulu..
nama dia Najla and peeps call her LALA..so cute kan..
dia study TESL and me ECE..
so kdg2 ade kuliah yg same..
first time nampak si cantik ni mase we all orientasi pelajar baru..
tp dia x kenal i pun..
oleh kerana passion melihat perempuan cantik tu mmg ada,
i jela yg suke sgt nak usha dia ni..
tp selalu jgk la bertegur sapa..
kdg2 i slumber je panggil "LALA"!!
and i like the way she says "HELLO" sambil senyum..
dia pun x sombong if kite tegur dia..
kalau terpandang dia, memang i tgk atas bawah..
orangnya kecil molek,
her face, her hair and what she wear memang i akan scan habis..
agaknye kalau dia perasan mesti dia fikir i ni mcm nak cari gaduh..haha
but the fact is dia sangat cantik di mata i..
jom layan pics yg i kopipes dari fb dia..


indahnya ciptaan Allah kan



ayu :)

she so luck dpt anugerah cantik camni




ahh so gojess

lala is getting married..x sure bila tapi is just around the corner
untunglaaa husband dia dapat wife cantik jelita :)


p/s :err so sorry lala..i amek pics u without permission..




25 November 2011

surat pertama untuk Syaura

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Dear Syaura,

5 bulan dulu, sehari selepas kelahiran dan kepergian mu, mama ada menulis satu nota luahan hati mama..ketika itu kesedihan dan kerinduan terhadap anak mama ni tak dapat ditahan lagi..jadi mama pun cerita semuanya di facebook..untung lah anak mama lahir di zaman serba canggih ni..semua pun dpt diabadikan dgn elektronik..tak sangka, coretan mama tu menyentuh hati ramai kawan-kawan mama..ramai yg bace dan ramai juga yang sudi berkongsi rasa simpati..yang kelakarnya, baba pun ada buat jugak..mama ingat, mama je yg sedih dan terasa akan kehilangan mu..rupa-rupanya baba juga tewas..coretan baba tentang kamu lagi meruntun hati mama..baba ckp, syg jangan nangis kalau bace..tp mane mungkin mama dpt tahan..mama kan cengeng..

Syaura sayang,

Hari ni, genap 5 bulan Syaura riang gembira di Sana..teringin pula mama nak menulis sesuatu untuk mu.nak kongsi apa yang mama buat..sayang, mama tak pernah lupa dagu lekuk Syaura yg sebijik macam nenek tu..kdg2 menyesal juga bila tak ambil gambar Syaura lepas mama dah mandikan hari tu..mam memang tak sangka Syaura sebenarnya dah besar duduk dalam perut mama..dari luar, mama tgk perut mama sama je sebelum mengandungkan kamu..baba pun cakap yang sama..baba kan selalu pegang-pegang Syaura sebelum dia balik Kl..ingat tak dialog baba yang same setiap minggu "baby, baba balik dulu eh..baba nak kerja..baby jage mama baik2 eh.." aishh baba Syaura ni, ada pulak dia suruh baby yg jage mama..baby kecik lagi..mestila mama yg jage baby..baba memang mcm tu, depan orang lain pendiam sgt2..depan kita, sampai sakit perut mama ketawa tgk gelagat dgn celoteh dia..

Dear Syaura,

Mama minta maaf sbb dah lama tak ziarah pusara kamu..mama kena ikut baba duduk Kl..mcm biasa la rutin mama bila cuti sekolah kan..entah bila baba dapat pindah..kesian kat baba duduk sini sorang2..asik makan nasi bungkus je...bila mama dh cuti ni, boleh la mama masak untuk baba..Syaura doakan la baba cepat2 dapat pindah duduk dgn mama kat kg tu..leh dekat dgn Syaura..

Syaura,

Sekarang ni, mama dgn baba tgh dalam proses nak buka satu kedai baby..kedai tgh renovate sikit2..bila dah siap pasang rak semua, boleh la mama masukkan barang..mama pun tgh tunggu sijil nama company lulus selasa depan..nanti mama bagitau Syaura apa nama company and nama kedai tu..mesti Syaura suka..hmm dah pukul 8 lebih..mana la baba Syaura ni tak balik dari kerja lagi..

Syaura anak mama,

Ok sayang..tunggu punya tunggu baba dah balik pun..mama nak siapkan makan untuk baba..nanti mama cerita lagi k..Syaura datang la dlm mimpi mama..sekejap pun takpe..mama nak tau Syaura dah besar mcm mana sekarang..dah pandai apa sekarang...mama rindu :))
ingat, mama sayang Syaura sgt2..


lots of love,
mama

24 November 2011

orang dah kawen suke 2 line!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


masih dalam mode confuse..
masuk hari ni, genap 16 hari 'kwn' tu delay..
xtau sama ada nak test atau x..
takut nanti kuciwa lagi..

hari ke 2 delay--> 1 line
hari ke 7 delay--> still 1 line lagi

adekah hari ke 20 akan 2 line?
atau hari ke 30 nanti?
atau......

huwaaa..xtau ni nak buat cmne..confused, blur..
atau kite buat tak tahu sampai sumenye terbukti sendiri..
haihhhh (-_-)"
byk sgt atau!