Total Pageviews

03 December 2011

surat ke-2 untuk Syaura


Dear Syaura,

apa khabar anak mama hari ni? Syaura tau, baba demam dari semalam. Badan dia panas sangat..mama letak towel basah pun jadi kering. Bangun tido, baba muntah dlm toilet. Mama tak pernah tengok baba sakit mcm tu. Baba tarik-tarik rambut dia sebab dia ckp kepala sakit sgt. Mama risau, susah hati sampai tak tau nak buat apa. Akhirnya, mama gagahkan diri beranikan diri drive kt KL yg serba sempit dan sesak ni utk bwk baba pegi kem & klinik.

Syaura,

Alhamdulillah Allah mudahkan urusan mama..doctor ckp suhu baba tinggi sgt..baba kena injection since badan dia memang lemah & tak selera makan..mama yg sihat pun jadi tak keruan tgk baba mcm tu. Lepas bagi makan ubat tadi, mama suruh baba rest & tido cukup2..kalau ikut plan, lepas balik kerja petang ni baba ngan mama nak balik Johor..doctor pun bagi mc 2 hari..tak apelah mama boleh drive..mama syahdu bila baba ckp "sayang, baba tak nak demam..baba nak cat kedai"..

Dear Syaura,

Mama cakap dgn baba, terimalah sakit ni ba..mudah-mudahan sakit ni pengampun dosa..baba angguk dan terus pejam mata..biarlah dia tido..nanti lepas bangun insyaAllah kebah la demam dia..Semenjak kahwin, mama yg selalu sakit-sakit..baba tak pernah mengeluh setiap kali dia jaga mama, masakkan utk mama, urut badan mama, suapkan mama ubat..jadi kali ni, mama akan buat yg sama..selepas hilang nenek dan kamu, baba lah segala-galanya bagi mama..

Syaura,


Maaf andai coretan mama mengganggu kerianganmu bermain di Syurga indah..mama tak tahu nak cerita pd siapa..Syaura doakan kesihatan mama dan baba ok! we loves u!




No comments:

Post a Comment