Total Pageviews

01 January 2012

aku manusia lemah


dah enam bulan berlalu
tak ada langsung tanda-tanda
tak nak sedih, tapi sedih datang juga
tak nak stress tapi hari-hari melintas di kepala
tak nak cemburu tapi tak mampu melawan rasa
tak nak sayu tapi hati terguris melihat mereka gembira
tak nak pertikai rezeki Allah tapi hati selalu tertanya-tanya
bermasalah kah aku. atau dia. atau jarak jauh ini menjadi punca
air mata pertama 2012 menitis juga akhirnya. Ya Allah aku mahu pengganti Syaura.



4 comments:

  1. Salam Odah... .
    All this while Fad silent reader je.. .'terserempak' ngan Odah pun sekali-sekala kat blog Yana.
    Just my humble opinion...berdasarkan pengalaman sendiri..perkahwinan jarak jauh bukan sebab susah nk dpt baby.. .Fad, alhamdullillah dh 6 tahun begini..dh dikurniakan 2 org (cuma yang bongsu tak dizinkan bersama kami).
    Rezeki memang dariNya... Dia punya sebab yg tersendiri dan perancangan terbaik utk kiter.. .
    Jgn sedih ok...stay positif..terus berusaha..insya Allah adalah kurniaanNya nanti.. .
    Selamat tahun Baru!

    ReplyDelete
  2. dear od
    i'm absolutely agree ngan statement mamaonie..allah swt punya perancangan utk setiap hambaNya..cuma kita x dpt meneka bilakah smua itu akan diberikanNya pd ko..cuma sedikit nasihat dr aku..bersabarlah..usaha..doa dan tawakal..insya allah jika ditakdirkan allah swt DIA akan menggantikan setiap titis air mata ko tu dengan rezekinya yg melimpah-ruah..allah swt adil pd setiap hambaNya..cuma membezakan antara kita adalah penerimaannya..jika kita dpt bertahan dan sabar dengan dugaan ini insya allah de rezeki di kemudian hari..just my two cents opinion..have a bless!

    ReplyDelete
  3. tq guys..obvious entri di atas hanyalah luahan perasaan dr manusia lemah sprt saya.. may 2012 give me prosperity..

    ReplyDelete
  4. Salam Odah, pertama sekali kak yana nak tumpang sedih juga baca post odah kali ni.Dulu Kak yana pernah rasakan apa yg odah rasakan sekarang ni.Sometimes bila dgr kawan2 dan jiran dapat preggy semula after 2 months deliver rasa macam 'tak adil' pada diri.Kenapa kak yana tak boleh macam mereka?kenapa lewat utk dapat rezeki lagi?sedangkan orang lain cuma 2 bulan jer rahimnya kosong dan ada yg hubbynya kerja offshore tapi boleh 'lekat' after 2 months deliver.

    Tapi...bila Kak Yana 'tersedar', baru kak yana boleh fikir positif.Mungkin doa kak yana tak cukup kusyuk, mungkin amal kak yana tak cukup sempurna atau mungkin Allah mahu kak yana 'berehat' dulu sebab seperti kata Fad, "hanya DIA yg tahu apa yg terbaik utk kita".Dulu DIA ambil buah hati kita pun mungkin ada rahsianya yg kita tak tahu.Yang pasti semuanya sebab DIA kasihkan kita.Odah jangan sesekali ada rasa give up dan menyerah kalah.Teruskan usaha.

    Sekadar ingin berkongsi pengalaman kak yana dulu, setiap kali datangnya period kak yana tak sabar2 nak tunggu suci semula sbb nak solat dan banyakkan lagi doa.Bagi kak yana selagi takde rezeki selagi tu kak yana perlu banyakkan doa.Sentiasa memohon padaNYA dan usaha, selebihnya tawakkal.


    Doa kak yana moga Allah murahkan rezeki sahabat2 yg lain yg masih berusaha utk dapatkan zuriat lagi.Maafkan Kak yana andainya post tentang kak yana hamil lagi menyinggung hati odah.Itupun pada awalnya kak yana tak nak war-warkan sangat sbb kak yana faham hati dan perasaan kawan2 yg lain.Tapi sebagai ibu dan wanita tentunya kita nak share sedikit kegembiraan kita dgn sahabat2 yg lain kan.Jujurnya tiada niat utk menyinggung Odah.Andainya odah tersinggung maafkan Kak yana ye.

    Walaupun tak kenal rapat, tapi Kak yana dapat agak odah orang yg sentiasa happy.Jadi odah kena happy selalu.Jangan stress okey sbb stress akan ganggu misi ttc odah.Good Luck.

    ReplyDelete