Total Pageviews

07 February 2013

doktor comel episod 2

Salam readers :)

Mari baca sambungan kisah saya berjumpa dgn doktor comel.. auwww!

Lepas beliau dah talbiah saya untuk turunkan berat badan, saya ingat dia dah stop sampai situ je and suruh keluar amek ubat. eh tak la...rupanya doktor suruh saya baring atas katil. yihaaa! bunyi macam srikandi gitu. punya la berani kononnya kan. yela, selalunya kan org takut nak masuk camera lalu 'bawah'. actually saya ngeri jgk..tapi perasaan nak tahu ape benda ada kat dalam tu sangat laaa membuak-buak. Jauh di sudut hati, mintak-mintak la ada baby dalam tu. hikhik..

Camera pon di masukkan...gulp! malu.. ngilu....

Doktor pon mula explain. Ovari kiri clear alhamdulillah..tapi ovari kanan..jeng jeng jeng!! Ada beberapa telur lama yg tak pecah. haihhh..itu lah dia PCOS. Dalam hati saya mengeluh panjang. Patutlah tak lekat-lekat. Rupanya telur cuma 10mm..utk yg matang dan besar perlukan size 17-24mm. Doktor comel ckp mungkin lemak yang ganggu hormon dan menyebabkan telur berkumpul di ovari. Saya dah lama dgr and baca tentang PCOS ni. Tak sangka saya sendiri mengalaminya. Tak apa lah, saya yakin ada solution untuk itu. Saya yakin ada rawatan dan ada cara untuk semua kembali normal. Come on!!! i need a 24mm eggs! 

Selesai men TVS kan saya, doktor buat pap smear sekali. for my own good kan.. Kembali ke meja doktor, beliau bagi kata-kata semangat. Dan dia sempat cerita pasal patient dia yg ada kes macam saya. berat 100kg ++ with PCOS dan 4 bulan kemudian berjaya conceive lepas buat treatment dgn doktor comel ni. sekarang anak dia dah setahun. Hati saya kembali berlagu riang. ok sastera sangat ayat ko odah. haha..

Doktor bagi step yg sgt simple utk 3-4 bulan ni.

1) Saya kena jaga makan.
2) Saya kena exercise.
3) Saya kena makan ubat yg dia bagi.
4) Lepas hilang 10% dari berat asal, dia ckp saya dah boleh pregnant.

yeahuuuuu! kacang je tu (ayat sedapkan hati) ^_^  tapi insyaAllah saya yakin saya boleh buat semua step yg dia bagi..seminggu lepas tu, doktor panggil saya dtg jumpa dia utk ambik ubat tambahan. Naik atas scale. Yeayyy turun sekilo uolssss! And sekarang, masa saya tgh menaip entry ni.. I lost another 1kg.. Alhamdulillah...Allah mudahkan urusan saya..Tak sabar rasanya nak menikmati semula saat-saat membawa buku merah ke klinik..Saya memang yakin satu hari nanti saya tetap akan ada anak yang soleh dan solehah..aminnn..

Bagi kawan-kawan TTC yg juga ada masalah PCOS please jangan give up. My friend yg ada PCOS baru bgtau semalam yg dia dah pregnant. Semua atas kuasa Allah juga..akan ada rezeki kita nanti..

Till we meet again....

XOXO,
odah~~


1 comment:

  1. All the best sis~!!

    Mesti boleh pnya... insya allah :D

    ReplyDelete