Total Pageviews

31 January 2013

tergendala

Niat di hati nak sambung cerita pasal pegi jumpa dokter comel.
Tapi mcm takde mood pulak.
Jadi ini saje yg saya nak update hari ni.
Sekian. Peace ya'll!

xoxo,
odah~~

24 January 2013

Episod TTC bermula~~

Assalamualaikum readers..
Salam Maulidurrasul...


Last monday saya pergi Perdana Specialist Maternity Centre..finally!!! Setelah setahun my friend suggest jumpa Dr. Isa kt sana..Baru hari tu, Allah benar-benar buka pintu hati saya untuk jumpa pakar..Selama ni saya usaha sendiri untuk conceive..minum bidadari, minum pesona, minum herbalife, try susu kambing dgn kurma, keep on dgn acid folic, vitamin E. sapu LUMIGLOW and lastly baru 2 bulan try clomid. Result? still one line..Feeling? Biasalah kita manusia biasa. Kadang-kadang rasa tak kisah. kadang-kadang down..kadang-kadang nangis sampai tertido. Punyela membuak-buak naluri keibuan yang ingin menyusukan anaknya sendiri. yang nak pakaikan anaknya dgn baju yg lawa-lawa..pheww T_T

On the way ke PSMC, hati saya berdebar-debar. Membayangkan apa yg doctor akan ckp mengenai saya. Benda yg paling nervous ialah my over weight. Confirm akan jadi topik utama yg akan dibincangkan nanti. Sampai sana, tgk patient tak berapa ramai..ohh lega! Lepas register, nurse tanya ada apa nak jumpa doctor. Saya blur. tak tau nak ckp apa. Saya terus ckp, emm nak jumpa doc pasal kesuburan..nurse angguk-angguk. then, nurse ckp, ok timbang. *o* saya rasa macam nak semunyik bawah kerusi. Timbang kat depan patient lain kot. Mau tak malu! sebab tau mesti berat mcm arghhh! Masa naik atas tu, saya tak tau nak ckp mcm mana kalau nurse tanya. dgn harapan, nurse tgk sendiri dan terus tulis dlm form tu. tak perlu la satu klinik tau kan. tapi, nurse tanya jgk "berapa??" ohh menn! saya pun ckp slow2 antara dgr dgn tidak. hahahaha.. tp husband ckp dgr je pon, cuma tak berapa clear. ahh lantakla! 

Saya memang overwight. itu pasti. Saya ckp dgn nurse, itu berat saya sama mcm waktu deliver kan syaura. Tak turun-turun even ramai tegur badan nampak susut. Lemak semunyik kat mana pon tak tau! haihhh...
Nurse ckp, ohhh masalah tu. hmm pasrah je la. kalau saya tak concern, saya takkan sampai sini...kan?

Sampaila turn saya, masuk je bilik, saya nampak doctor Isa yg digembar gemburkan selama ni. Laa kecik je orgnye. handsome, sweet, and yg paling penting tinggi lebih kurang saya je. haha.. Sebelum ni saya bayangkan  org yg nama doctor Isa tu besar, tinggi, berjambang dan garang. Salah sama sekali..huu lega la jgk sikit perasaan ni. Then, sesi luahan perasaan, perbincangan, pertanyaan yg bertubi-tubi pon bermula.. Memang seperti yang dijangka, berat badan akan jadi hot topic hari itu. Doctor tanya berat saya masa SPM..rasa nak gelak pon ada. manelaa nak ingat doctor comel oi! tapi yg pasti xde la seberat sekarang kan. Tiba-tiba doctor keluarkan statement yg effectnya sama seperti mendengar guruh di langit. 

"If you want to pregnant now, I say NO! Saya takkan buat"

Dalam hati masa tu mcm nak marah. Yela, sebab dia belum pon cek apa-apa. Saya mengharapkan dia akan wat vagina scan utk tau masalah sebenar. Tapi belum cek, dia dh ckp mcm tu. Takpelah, kita bagi dia peluang bercakap lagi. Rupanya, doctor kata dia tak nak saya menanggung masalah kalau saya pregnant sekarang. Dia nak saya loose weight dulu. Tak banyak pon, 10% je dari berat sekarang. Dia tak nak saya jadi mcm yg lepas. Deliver awal masa 26 weeks sebab mungkin berat perut push the baby. Ayat dia yang paling best dan buat saya insaf dan berpijak di bumi nyata ialah....

"Allah tu Adil. Anak tu rezeki. Saya tak nak rezeki tu nanti jadi bala. Kalau awak pregnant dgn berat sekarang, nanti sampai trimister 3 awak nak pergi dgn berat berapa. Nanti risiko utk dapat penyakit lain tinggi pulak. Awak boleh mengandung. Malah jauh lebih mudah nak mengandung berbanding patient lain yg dah kawen sampai 10 tahun tapi belum ada anak. Sebab awak dah pernah mengandung dan baru 2 tahun kahwin. Tapi mengandung saja tak guna. Kita nak awak bawak balik baby"

Ok! Mari ramai-ramai bangun tepuk tangan untuk Doctor comel ni..betul sangat apa dia cakap walaupun saya ada ramaiii org sekeliling yg besar malah lebih besar dari saya tapi anaknya berderet..Oh, positifnya saya sekarang. Saya tau langkah jumpa Doctor ni adalah sesuatu yg bijak dan Allah dan pun buka jalannya :)

Ceritanya tak habis di sini..saya senyum meleret bila doctor suruh saya baring di katil utk scan. Yeayy! itu yg saya nak. Berani tak saya?

Next entry saya sambung episod ni k..cerita pasal scan, masuk camera, check telur tentu lebih menarik untuk di baca..kan!




nampak tak timbang dia yg kat tengah laman tu..alahaii!

XOXO,
odah~~





18 January 2013

now everyone can fly

Can U imagine!

dah confirm booking. dah confirm payment.
tetiba baru kecoh, cuti sekolah bulan 3 nanti kemungkinan besar akan ada PRU13.
dan bila ada PRU, sah-sah cuti para polis pejuang negara ni dibekukan..

arghhhh! rasa nak menjerit je.
ok bukan rasa lagi. dah jerit-jerit pon.
syndrom panic attack datang bertubi-tubi.
dahla harga tiket tu bukan harga promotion.
almost $300  for two ways utk sorang. kalau dua org??
ohhh mennn!

terus I ni tukar profession! jadi penganalisa politik.
tak memasal pegi tanya sana sini bila hari mengundi.
terus google pasal berapa hari berkempen. 
terus kaji bila tempoh pembubaran sampai tarikh pilihanraya. choi!
yela tarikh tu kan PM tak confirmkan lagi.
byk sgt rumors.kejap after CNY, kejap cuti sekolah bulan 3,kejap cuti bulan 5.
hadoii! 
misteri betol la..sometimes rasa a bit menyusahkan..
yela dah jadi mcm kes I ni..sape nak tolong.
tiket flight bukan boleh jual kt mudah.my..
nak tukar nama pon tak boleh..huh!
kite yg nak plan ape-ape ni terpaksa pending here n there.

cerita pasal nk pilihanraya dari Jun last year lagi.
sampai ke sudah takde jugak.
tapi dari kajian yg I buat..ecehhh..dh mengkaji ni..
memang 70% PRU akan dibuat cuti sekolah mac nanti..
sebab dah cukup penggal.
pastu abah dah bz meeting.pantau budak pasang bendera.
mcm dah dekatttt je kan..

alaaaa..abes cmne tiket kite tu..
takkan I nak pegi sorang..memang tak la kan..
takkan nak burn mcm tu je..hadoiii rugi woiii!
u guys ada idea tak? please please..
baba memang dah isi form cuti. tapi kalau betul ada pilihanraya..
mesti polis kena bertugas menjaga keamanan negara.
mesti cuti dia pon..........huwaaaaa!!




xoxo
odah~~


15 January 2013

angin baru~~

Assalamualaikum...

Dulu kan, masa baru-baru kejadian kehilangan baby Syaura berlaku, saya di ajak oleh seseorang utk join blog or geng ibu yang senasib dgn saya.
Masa tu saya ingat saya sorang je yang di UJI begitu. Rupanya ramai lagi yang ditingkatkan darjatnya dengan mendapat dugaan sebegitu.
Jadi saya pon follow banyak blog ibu-ibu kepada anak-anak syurga.
Yang saya suka baca, saya highlight letak kat list ni ha.
Bila scroll tgk tajuk, mostly semua dah dapat pengganti. Alhamdulillah :)

Sekarang, saya dah kurang baca blog mereka. Tinggal seorang dua yg agak 'close' je saya akan stalk. hee!
Ok, saya rasa saya dah tau blog apa yg patot diganti dalam list tersebut.

BLOG TTC. ATAU TTCians. wahhh cool!!!

sekali lagi saya ingat saya je yg bernasib sebegini.
rupanya ramai lagi. dan mereka sangat-sangat positif utk conceive.
tak pernah give up. dan takkan putus harapan.
bila baca blog tu, banyak lagi yg saya tak tahu rupanya.
istilah-istilah rawatan, hormon, pil, and so on..
ohoiii bukan senang nak buat anak kan.
yang senang tu, bersyukurla kamu. jangan sombong dengan Allah.
Allah dah bagi uolss semua kesenangan mendapat zuriat, tapi apa yg Allah perintahkan uolss semua amek mudah je. 
takmo takmo takmo ye! :))

ok nak iklan jap!
bagi yg belum tahu, saya ada baby shop tau. macam-macam ada.
baby wear. maternity. blouse muslimah. breastfeeding.
online kat https://www.facebook.com/SyauraBabyHouse
kedai kat Masjid Jamek Pekan Nanas, Pontian, Johor.
meh la beli kat kedai kite. 
kalau geng blogger beli and bagi password " SAYA FOLLOW FLOPSY-MOPSY",,
saya akan bagi SPECIAL DISCOUNT! 
best tak best tak?

ok, till we meet again.

xoxo,
odah~~

14 January 2013

I am back!!!

Woahhhh!!!
HELLO everybody!!!! (feeling artis buat come back)

Assalamualaikum Bloggerland!

Saya telah diberi kata-kata semangat oleh kak yana untuk update semula blog yg semakin usang ini. 
auww memang tak sangka ada jgk org minat follow entry kite..hewhewhew

Alhamdulillah, saye sihat dan semakin sihat badan ni. Bile ntah nak kurusnye. haha
Kehidupan pun bertambah baik. Alhamdulillah juga, June last year suami saya dah pindah ke tanah air.
Kami dah tinggal sebumbung..weeee! 
Tak ada lagilah entry meroyan pasal kangen kan suami lepas ni..ahaii!
Rindu pulak nak jadi kaum nomad mcm dulu2..
Ukur highway KL-JB-KL..

masa husband call bagitau yg dia dpt pindah, saya nangis dan2 tu jgk! walaupun mase tu saya tgh jalan kt mall..
hilang rasa malu dah time tu. Balik umah, saya terus sujud syukur.

Saya yakin Allah dah rancang yg terbaik untuk saya.
Tahun lepas, doa mintak husband pindah balik duduk dgn saya lebih byk saya panjatkan pada Allah berbanding doa utk dapatkan baby..
Tahun ini, saya tahu fokus saya. 
Come on odah! never give up! (kau dah pernah pregnant, dah deliver baby comel pon. Maknanya kau tak mandul. Jadi kena work hard lagi!


"YA ALLAH, IZINKANLAH AKU UNTUK MENGANDUNG ZURIATKU. SESUNGGUHNYA PERKARA INI MUDAH SAHAJA BAGIMU"


XOXO,
odah~~